Produk Kesihatan / Kecantikan Lelaki dan Wanita

Pasanganku Syurgaku..."Tiada yang lebih berharga didunia ini melainkan kasih sayang. Kalau semua manusia didunia ini sentiasa berkasih sayang, nescaya tiada peperangan dan pasti dunia akan aman. Kalau suami isteri saling sayang pasti rumahtangga tiada perpecahan dan perceraian. Kasih sayang tiada bermakna kalau suami hilang kelakian dan isteri hilang daya tarikan…"
*KOS PENGHANTARAN SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA RM7. SABAH DAN SARAWAK RM10.

*KOS PENGHANTARAN PERCUMA KE SELURUH MALAYSIA DENGAN SETIAP PEMBELIAN RM200 KEATAS.

Higoat Premium Kurma & Madu

HARGA : RM48
PROMOSI RAMADHAN 
SEKOTAK : RM45
2 KOTAK : RM86
Pos Semenanjung : RM6
Sabah / Sarawak : RM9

Susu Kambing Premium Kurma & Madu adalah yang terbaik selepas susu ibu. Susu kambing adalah minuman terbaik sepanjang zaman sejak kewujudan manusia di muka bumi. Susu kambing sebenarnya mengandungi kandungan gizi yang lengkap dan baik untuk kesihatan. Ianya tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab alahan yang boleh menyebabkan asma, masalah pernafasan, radang telinga, infleksi kulit dan ganguan saluran pencernaan.

Kandungan : 15 sachet

Khasiat Susu Tepung Higoat Premium Kurma & Madu

  • Untuk kekuatan tubuh
  • Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan
  • Memulihkan sel-sel urat besar
  • Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan
  • Merangsang tenaga batin
  • Membersih dan menambah darah
  • Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah
  • Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih
  • Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif
  • Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah

Kandungan

Kelebihan Kurma & Madu

Vitamin A dan niasin yang terkandung di dalam madu membantu membentuk dan memelihara kulit. Madu juga kaya dengan riboflabin dan thiamin yang membantu melepaskan tenaga daripada makanan dan karbohidrat. Ia juga baik untuk sel-sel saraf dan fungsi jantung. Manakala kurma pula mengandungi mineral seperti zat besi, magnesium, kalsium dan kalium yang sangat diperlukan oleh tubuh.

Cara Guna

  1. Masukkan Higoat ke dalam cawan
  2. Tuangkan 200ml air suam
  3. Kacau dengan perlahan

Collagen Perawan Gold D’herbs

HARGA : RM35

Collagen Perawan Gold 1001 Khasiat dapat mengembalikan keremajaan anda dan memberi keceriaan dan kebahagiaan dalam rumahtangga anda. Ia juga sesuai untuk yang masih belum berumahtangga. Mereka yang mengalaminya sahaja dapat merasainya dan membuat anda adalah wanita paling sempurna didunia.

*wanita mengandung dan datang haid tidak digalakkan.

Kandungan : 20gm X 10 sachet

Khasiat Collagen Perawan Gold D’herbs
  • Merawat masalah keputihan & haid yang tidak teratur.
  • Menaikkan tulang punggung & payudara wanita agar lebih montok & anjal.
  • Menyuburkan rahim & peranakkan wanita ( baik untuk wanita yang sukar mendapatkan zuriat).
  • Menegang & mencerahkan kulit.
  • Melambatkan proses monopous.
  • Memberikan tenaga dalaman wanita.
  • Meningkatkan sistem imunisasi.
  • Mengurangkan senggugut.
  • Menambahkan keinginan seksual wanita & mengeratkan hubungan suami isteri
  • Sesuai untuk gadis & wanita yang sudah berumahtangga.

Kandungan Collagen Perawan Gold D’herbs
  1. Kacip Fatimah mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual
  2. Manjakani mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin
  3. Pueraria Mirifica memberi bentuk badan yang sempurna terutama pada bahagian payudara dan pinggul.Ia juga mengandungi agen anti-kanser yang dapat membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi pengidap kanser payudara.
  4. Acai Berry merupakan antioksidan yang tinggi.
  5. Kurma mengandungi potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim
  6. Madu dapat memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan, menjaga dan mengimbangi kekuatan badan serta merangsang tenaga batin.
  7. Roselle melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik yang dilakukan oleh radikal bebas(Roselle kaya dengan anti oksidan)
  8. Delima mampu mengurangkan penyakit jantung dan penumpukan lemak. Selain itu, delima mengandungi antioksidan yang luar biasa tinggi. Kerana itu, ia dimanfaatkan untuk menangkis serangan radikal bebas.
  9. Kolagen menggalakkan kekenyalan dan keanjalan kulit.
Cara Guna
  1. Tuangkan ke dalam mulut tanpa dibancuh dengan air dan rasai keenakan serta merta Collagen Perawan Gold.
  2. Boleh diambil 1-2 kali sehari sebelum atau selepas makan pada bila-bila masa ia juga sesuai untuk wanita yang sudah berkahwin atau masih dara.
*simpan ditempat sejuk
 *minum banyak air masak/suam
 *ambil 1 sachet pagi dan malam


Losyen Pencerah & Berkolagen Putih Susu

HARGA : RM23.90

Kini rahsia kecantikan wanita bangsawan dikongsi bersama dengan penggunaan Losyen Pencerah & Berkolagen Putih Susu keluaran D’herbs. Dengan penggunaan losyen ini kulit akan menjadi lebih cerah, putih dan mulus.


Khasiat Losyen Pencerah & Berkolagen Putih Susu

  • Pelindung dari sinar UV
  • Melembab dan mencerahkan kulit
  • Mengatasi kekeringan kulit
  • Mengharumkan tubuh badan

Kandungan 

  • Ekstrak bunga matahari
  • Collagen
  • Ekstrak aloe vera
  • Ekstrak akar manis
  • Susu kambing




Perawan Herbal Wash EXTRA Flower / Herbs / Fruity

HARGA : RM19.90

Kini terdapat 3 pilihan EXTRA! :
1. Perawan Herbal Wash Extra Flowers
2. Perawan Herbal Wash Extra Herbs
3. Perawan Herbal Wash Extra Fruity

Perawan Herbal Wash Extra Flower / Herbs / Fruity bertindak untuk membersih, mengelakkan jangkitan bakteria yang menyebabkan bau yang kurang menyenangkan serta mengatasi masalah di bahagian feminin wanita.

Ia juga membantu memberi kesegaran dan keharuman sepanjang hari setiap kali menggunakannya. Untuk kesan yang lebih baik gunakan bersama Jus Perawan Plus Kolagen.

Kandungan Perawan Herbal Wash Extra Fruity
  1. Kacip Fatimah mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual.
  2. Daun Sireh berkhasiat menghilangkan bau badan yang ditimbulkan bakteri dan cendawan. Biasanya juga karena adanya manfaat ini digunakan sebagai pembersih organ kewanitaan.
  3. Manjakani mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin
Cara Guna
1. Titisan Gel Perawan Herbal Wash pada tapak tangan dan cuci pada alat sulit wanita hingga berbuih. 
2. Bilas sehingga bersih

Pewarna Rambut Super Lebar HITAM / PERANG D’herbs

HARGA : RM29.90
Sila SMS Pilihan Anda:
1. Pewarna Rambut Super Lebar HITAM D’herbs
2. Pewarna Rambut Super Lebar PERANG D’herbs

Set Pewarna Rambut Super Lebat terdapat dalam dua pilihan warna iaitu Hitam Bersinar dan Perang Bersinar . Pewarna Rambut Super Lebat tidak mengeringkan dan menjadikan rambut hitam  dan perang secara semulajadi. Dirumuskan khas daripada 100% herba yang diperkaya dengan vitamin dan protein untuk kesuburan dan mempercepatkan pertumbuhan rambut.

Set ini mengandungi :
  1. Sikat
  2. Pewarna Rambut Super Lebat 1
  3. Pewarna Rambut Super Lebat 2
  4. Sarung Tangan
  5. Pelindung Bahu, Telinga
  6. Pelindung Rambut
Isi kandungan Pewarna Rambut Perang D’herbs
  • Rosemary leaf
  • Chamomile Tea
  • Hisbiscus Petal
  • Henna From Mountain Rose Herbs
  • Calendula Flower
  • Aqua, Ethanolamine
  • Propylene Glycol
  • Dipropylene Glycol
  • Hexylene Glycol
  • Hydroxyethylcellulose
  • P-Aminophenol
  • 2 Methylresorcinol
Cara Guna
  1. Guna pelindung tangan, bahu / leher dan telinga untuk melindungi kulit dan pakaian anda.
  2. Campurkan Pewarna Rambut Super Lebat 1 & Pewarna Rambut Super Lebat 2 ke dalam bekas kecil (bergantung kepada panjang rambut), kacau dan sapu ke seluruh rambut (elakkan dari terkena kulit kepala)
  3. Biarkan rambut selama 30-45 minit (bergantung kepada keadaan rambut) dan gunakan pelindung rambut untuk menutupi rambut.
  4. Selepas masa yang ditetapkan, bilas rambut dua atau tiga kali bagi memastikan seluruh rambut dan akar rambut bersih dan mendapat hasil warna yang di inginkan.
  5. Jauhi daripada kanak-kanak.
  6. Lebihan pewarna rambut yang dicampurkan tadi tidak boleh digunakan kembali.


APA ITU JERAGAT???

Masalah JERAGAT di kalangan Warga Penduduk Dunia atau nama medikalnya “Melasma” adalah salah satu dari masalah kulit yang sangat biasa di kalangan Penduduk Asia Khasnya dan berada pada 10 Tangga teratas didalam masalah kulit yang dihidapi.


Namun kaum wanita lebih kerap terlibat dimana nisbahnya lebih kurang 12:1 (Wanita: Lelaki). Nisbah ini berbeza-beza dari satu Negara ke Negara yang lain. Insiden yang paling tinggi dilihat pada mereka yang berumur 25 – 45 tahun. Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalami nya pada hidung dan dahi. Tak kurang juga yang melibatkan belakang badan serta di tempat tempat sulit.

Melasma boleh di bahagikan kepada Melasma Epidermal dan Melasma Dermal. Kerap kali, kedua-dua keadaan tersebut akan hadir bersama. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai melasma akan juga mempunyai Hori’s Naevus. Hori’s Naevus ini selalunya akan lebih jelas sewaktu mengandung. Ianya telahpun ada pada pesakit tetapi tidak disedari kerana kurang jelas. Seperti yang kita ketahui, apabila mengandung, badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen. 


Oleh itu, Hori’s Naevus dan melasma akan lebih jelas kelihatan dan disedari hanya semasa mengandung. Keadaan ini akan mengecewakan pesakit yang mendapat rawatan untuk melasma kerana kekadang akan berlaku keadaan dimana melasma hilang dengan rawatan tetapi Hori’s Naevus semakin jelas kelihatan. Ini adalah kerana sebelum ini ia dilindungi oleh melasma tetapi bila melasma telah tiada, tompokan hitam Hori’s Naevus akan kelihatan jelas. Perbezaan Hori’s Naevus dengan melasma akan dapat diketahui oleh doctor anda.


Sebab-sebab terjadinya melasma (Jeragat):-


1) Terdedah Kepada cahaya matahari terik

Terdedah kepada cahaya matahari tanpa perlindungan pelindung matahari meningkatkan pengeluaran melanin dalam kulit berjeragat. Kulit wajah lebih halus. Sinaran UV biasa akan merosakkan kulit yang tidak dilindungi.

2) Penggunaan Hormone. Contohnya Pil perancang



Masalah ini biasanya berlaku kepada wanita. Kerana golongan wanita amat sensitif dengan masalah ini. Walaupun begitu kaum lelaki tidak terkecuali.
Semasa kehamilan, terdapat banyak perubahan hormon dalam badan wanita hamil.
Ini bermakna bahawa pigmentasi (jeragat) muka, semasa hamil terjadi dan selepas hamil tanpa rawatan selepas kelahiran kanak-kanak. Tetapi, jika anda tidak hamil, anda terdedah kepada jeragat disebabkan oleh perubahan hormon. Ini boleh berlaku jika anda mengambil pil perancang. Namun apa yang lebih menarik adalah bahawa anda masih boleh menghadapi pigmentasi, walaupun anda tidak hamil .
3) Penggunaan kosmetik / Rawatan kulit tidak sesuai / Reaksi alahan kepada ubat-ubatan tertentu.
Ini adalah punca utama hyperpigmentation, ia merupakan faktor yang banyak sekali terjadi. Antibiotik tertentu seperti minocycline, tetracycline dan doxycycline digunakan secara meluas oleh banyak orang. Malah, minocycline biasanya digunakan untuk merawat jerawat. Tetapi senarai bahan-bahan yang menyumbang kepada melasme tidak berhenti di situ.Terdapat beberapa antidepresan yang juga menyebabkan pigmentasi muka. Imipramine adalah salah salah satu daripadanya. Chlorpromazine adalah dadah, biasanya digunakan sebagai anti-psikotik. Ini juga menyebabkan jeragat, selepas digunakan dalam jangka masa yang lama. Phenytoin, yang digunakan untuk merawat epilepsi, adalah satu lagi contoh bahan yang mendorong kepada terjadi jeragat dalam jangka masa panjang. Ia adalah ciri-ciri dadah-induced.
Oleh itu dalam memilih produk kecantikan dan ubat-ubat antibiotik dan sebagainya hendaklah berbalik kepada asas kejadian alam. Oleh itu, fenomena rawatan semulajadi seperti penggunaan ubat homeopati,biochemic dan cream yang bebas bahan kimia telah menjadikan trend dan perkembangan sihat di Barat. Mereka sekarang ini terus menghidari ubat-ubat kimia yang akan menyebabkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang.
4) Keturunan. Akibat daripada genetik.
5) Kaedah yang tidak mencukupi untuk berkembang bulu di muka.
Pembersihan bulu muka adalah amalan biasa yang diikuti oleh kecantikan wanita. Tetapi jika ada orang yang tidak mempunyai penjagaan bulu muka selepas pembersihan yang betul maka terjadi jeragat di muka.

Rawatan untuk melasma (Jeragat).


 Matlamat rawatan melasma ada dua. Pertama untuk mengeluarkan pigment yang sedia ada dan kedua adalah untuk menghalang dari pigment baru terbentuk. Cara-caranya adalah:

1)Pengelupasan Kimia

Ini melibatkan penggunaan larutan kimia untuk menghasilkan penglupasan kulit yang mengandungi lapisan melasma.

Ianya agak berkesan untuk melasma tetapi harus diikuti dengan penjagaan kulit yang rapi. Hasilnya. Lebihkurang 50-70% melasma akan kurang. Ianya lebih sesuai untuk melasma epidermal

Kos rawatan = RM450-RM600

2)Laser

Cara ini lebih berkesan untuk Hori’s Naevus dan Solar Lentigenes kerana gelombang laser boleh masuk lebih jauh kedalam. Rawatan ini juga sesuai untuk melasma dermal ( jeragat yang berada pada lapisan dalam kulit).

Kos rawatan = RM1000-RM2000

3)Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis.

Cara ini menggunakan satu alat untuk menghasilkan penglupasan secara mekanikal. Ia kemudiannya diikuti dengan rawatan Vit C Iontophoresis yang akan mencerahkan kulit. Berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit yang anjal dan tebal.

Kos rawatan = RM750 – RM900

4)Krim dan Sunblock

Ini merupakan rawatan susulan kepada 3 rawatan diatas. Tidak mencukupi untuk hanya menggunakan krim dan sunblock sahaja. Ianya mesti seiring dengan rawatan jeragat diatas.

5) L Glutahione.

Anda juga boleh menggunakan produk berasasaka homeopathy dan biochemic. Selain itu pengambilan Glutathione juga membantu menyingkirkan toksin di dalam hati dan dalam badan akibat penggunaan ubat berasaskan kimia.

Nota Tambahan dari Papa Power!!!

Apa yang saya boleh cadangkan disini. Untuk menyelesaikan masalah kulit jeragat, selain menggunakan krim dan sabun muka untuk menghilangkan jeragat, anda juga digalakkan untuk mengambil supplemen tambahan yang mempunyai Glutathione biasanya ada dalam produk pencerahan (Whitening) bagi membantu proses memudarkan jeragat dengan lebih berkesan.



Set Bersalin Mak Bidan (D'HERBS)

HARGA : RM199 RM190

Set Bersalin Lengkap Mak Bidan keluaran D’Herbs mengandungi :
  1. Pati Herba Mak Bidan
  2. Pilis & Param Mak Bidan
  3. Krim Panas Mak Bidan
  4. Kapsul Jamu Mak Bidan
  5. Minyak Telon
  6. Tungku Herba Mak Bidan
  7. Perawan Herba Herbal Wash
Pati Herba Mak Bidan
Menambah tenaga & memberi kesegaran selepas melalui proses bersalin memulihkan & meyihatkan rahim serta dapat menyembuhkan luka jahitan.
Diambil mulai hari pertama sehingga hari ke 20 selepas bersalin 1 sudu pagi & 1 sudu petang selepas mkn.

Pilis & Param Mak Bidan
Dibuat daripada herba-herba terbaik bagi membuang angin dalam badan serta mencantikkan kulit dan memanaskan badan & digunakan sebagai lulur untuk membersihkan kulit badan. Boleh digunakan di bahagian dahi bagi menyejukkan mata & kepala dan mengelakkan pening kepala Didatangkan dalam bentuk cecair yang memudahkan penggunaan&tidak perlu dibancuh lagi.

Cara penggunaan – digunakan selepas menggunakan krim panas Mak Bidan Sapu di seluruh badan dan di dahi (kecuali payudara & perut).

Krim panas Mak Bidan
Dapat mengeluarkan angin dalam badan & memanaskan badan. Membakar lemak serta melangsingkan badan juga mengurangkan selulit, senggugut serta mencantikkan kulit.

Cara penggunaan – digunakan sebagai krim urutan selepas bersalin, sapukan di seluruh badan terutama di bahagian perut sebelum memakai bengkung seterusnya di bahagian peha, punggung & lengan bagi tujuan mengurangkan selulit & membakar lemak (jangan sapu di bahagian payudara bagi wanita yang menyusukan bayi)

Kapsul Jamu Mak Bidan
Merapatkan otot vagina, serta mengecutkan rahim, dalam masa sama ianya juga dapat melangsingkan badan & menambahkan tenaga serta menyihatkan badan.

Arahan pemakanan – ambil 1 biji 3 kali sehari mulai hari ke 21-40 selepas bersalin. Banyakkan minum air suam .

Minyak Telon
Digunakan untuk mengatasi masalah perut kembung & menghangatkan tubuh bayi.
Cara penggunaan – sapu di bahagian perut, dada, belakang badan, tapak kaki bayi selepas mandi.

Tungku Herba Mak Bidan
Digunakan untuk mengecutkan peranakan, melancarkan perjalanan darah dan membuang angin serta dapat membuang darah kotor dalam badan.

Cara penggunaan – kukus tungku selama 15-20 minit sebelum digunakan.

Perawan Herbal Soap
Pencuci alat sulit wanita yang berfungsi untuk membersih alat sulit agar sentiasa bersih & segar sepanjang hari.

Cara penggunaan – titisan perawan herbal wash pada tapak tangan dan cuci pada alat sulit wanita hingga berbuih. Bilas sehingga bersih.



Kapsul Lunas R’sdong

HARGA : RM36.90

Produk terbaru keluaran D’Herbs, Kapsul Lunas R’sdong untuk mengatasi dari jerawat dan resdung.

Kandungan:40kapsul


Kandungan Kapsul Lunas R’sdong

  • Barringtonia Racemosa (Putat Padi)
  • Champereia Griffthii (Chemperai)
  • Castanopsis (Berangan)


Cara Guna


1 kapsul 3 kali sehari selepas makan


Krim Mutiara Gold D’Herbs

HARGA : RM28.90


Krim Mutiara Gold adalah krim kecantikan siang & malam yang bertindak sebagai agen pelembap dan pencerah wajah kerana strukturnya yang ringan, lembab dan tidak berminyak sesuai digunakan semua jenis kulit. Keistimewaannya Krim Mutiara Gold ini mempunyai satu warna yang sesuai mengikut tona kulit cerah atau gelap.


Khasiat Krim Mutiara Gold D’Herbs
  • mencerahkan wajah
  • sebagai agen pelembap
Kandungan Krim Mutiara Gold D’Herbs
  • Aqua, Edta
  • Glycerin
  • Butylene Glycol
  • Octyl Methoxycinnamate
  • Titanium Dioxide
  • Cetearyl Alcohol
  • Ceteareth 20
  • Cetyl Alcohol
  • Cetyl Esters
  • Licorice
Cara Guna
Sapukan Krim Mutiara Gold diseluruh wajah pada waktu siang dan malam untuk kesan berganda guna bersama juliet beauty soap keluaran De Herbs untuk wajah kekal cantik, gebu dan bersinar bak mutiara.

Kandungan:10gm





Diamond Foundation


 HARGA : RM59.90 RM59



Diamond Foudation dari De Herbs adalah bedak asas yang mengandungi SPF 35 dan Minyak Biji Anggur yang bertindak sebagai anti oksidan yang melindungi sel kulit selama 8 jam dari sinar sinaran UV dan pencemaran yang boleh merosakkan kulit.

Khasiat Diamond Foundation
  • Meningkatkan keanjalan kulit.
  • Sesuai sebagai alas bedak dan krim siang (SPF 35).
  • Sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit cerah atau sawo matang tidak kira lelaki atau perempuan kerana ia bersifat semulajadi.
  • membantu menutup parut jerawat, keragat dan kedutan wajah.
  • kalis air dan boleh bertahan sehingga 12 jam.
  • sesuai untuk kulit sensitif, berjerawat, berjeragat dan kulit normal.


Kandungan Diamond Foundation
Dibawah adalah kandungan bahan yang terdapat dalam Diamond Foundation dari De Herbs.
  1. SPF 35 – melindungi kulit dari pancaran UV.
  2. Minyak Biji Anggur – merupakan antioksidan yang baik yang dapat menghalang radikal bebas merosakkan kulit.
  3. Vitamin E – untuk membantu menutupi dan merawat parut jerawat, jeragat dan kedutan wajah jika digunkan secara berterusan.

Maklumat Lain Berkenaan Diamond Foundation
No Pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia: NOT100900010K.
Berat/Isipadu Diamond Foundation: 0.83oz/25gram

Cara Guna
    1. Sapukan pada wajah dan leher dengan sekata dan alaskan dengan bedak untuk kesan yang lebih menyerlah.
    2. Untuk kesan yang lebih baik gunakan bersama Aura Pesona Bintang dan sapukan Diamond Foundation menggunakan span.






Lipstik Collagen Treatment D'Herbs



HARGA : RM25

LIPSTIK COLLAGEN PERTAMA DIMALAYSIA! SESUAI UNTUK WANITA DAN LELAKI
Pelbagai faktor boleh menyebabkan warna bibir nampak kusam, tidak menarik, merekah dan mengelupas apabila menggunakan lipstik yang terdapat dipasaran. Tetapi menggunakan Lipstik Collagen Treatment, masalah bibir tidak berlaku lagi.
Pelbagai faktor boleh menyebabkan warna bibir nampak kusam, tidak menarik, merekah dan mengelupas apabila menggunakan lipstik yang terdapat dipasaran. Tetapi menggunakan Lipstik Collagen Treatment, masalah bibir tidak berlaku lagi.
Khasiat Lipstik Collagen Treatment
  • Sebagai penyeri warna bibir semulajadi mengikut suhu badan dan darah.
  • Melembapkan bibir yang kering dan merekah.
  • Sesuai juga untuk bibir yang gelap akibat merokok dan faktor keturunan.
  • Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita
Kandungan Lipstik Collagen Treatment
  1. Gamat - antioksidan semulajadi yang bertindak memberi perlindungan terhadap radikal bebas punca kerosakan dan kemerosotan sel.
  2. Minyak Biji Anggur merupakan antioksidan yang baik yang dapat menghalang radikal bebas merosakkan kulit.
  3. Collagen menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan maka menegang, menganjal dan melembapkan kulit.
  4. Propolis sebagai penetral racun dalam tubuh dan sekaligus anti oksidan kuat
Cara Guna Lipstik Collagen Treatment
Menyapu di sekitar bibir setiap kali ingin menggunakannya.

Maklumat Lain Berkenaan Lipstik Collagen Treatment
No Pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia: NOT 100900011K.
Berat/Isipadu Lipstik Collagen Treatment: 0.14oz/4gram


Maskara Arab

HARGA : RM26.90
Percuma Sepasang Bulu Mata Palsu


Cara Penggunaan Maskara Arab D’Herbs

  1. Letakkan berus Mascara Arab berherba pada sisi bulu mata
  2. Secara perlahan-lahan, sapukan mascara dari akar sampai ke hujung bulu mata dengan zig zag. 
  3. Cuba beberapa posisi lain untuk menambah lentikkan dan mampu melebatkan bulu mata.

Kandungan Maskara Arab D’Herbs

  • Bunga Raya
  • Lidah Buaya
  • Buah Zaiton


Kandungan:20ml

*Percuma Bulu Mata Palsu Dengan Setiap Pembelian Maskara Arab D'Herbs.


Jenis-Jenis Kegemukkan


Terdapat dua jenis obesity yang bergantung kepada distribusi lemak di dalam badan.

1. “Apple-shaped” obesiti (‘Android’ Obesiti)

Obesiti jenis ini melibatkan pengumpulan lemak disekeliling perut atau abdomen. Kebiasaannya obesiti jenis ini berisiko tinggi untuk mendapat penyakit dan kebanyakkannya di kalangan kaum lelaki.

2. “Pear-shaped” obesiti (‘Gynoid’ Obesiti) 

Obesiti jenis ini pula melibatkan pengumpulan lemak disekeliling punggung atau pinggul. Kebiasaannya obesiti jenis ini berisiko rendah untuk mendapat penyakit dan kebanyakkannya di kalangan kaum wanita.


APAKAH ITU OBESITI?

Obesiti ialah keadaan di mana berlakunya pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian tubuh seseorang sehingga mengakibatkan pertambahan berat badan yang tidak normal untuk usia, jantina dan tinggi individu tersebut.

Obesiti boleh menyumbang kepada masalah kesihatan yang kronik seperti penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, batu karang, masalah pernafasan dan sesetengah jenis kanser.

Masalah berlebihan berat badan dan obesiti adalah suatu masalah global. Hampir satu billion penduduk dunia mengalami masalah lebih berat badan dan 300 juta orang yang obes (Strategy for the Prevention of Obesity Malaysia 2005).

Di Malaysia juga masalah ini telah meningkat. Prevalen berlebihan berat badan di kalangan orang dewasa ialah 26.7 peratus dan obesity pula 12.2 peratus pada 2003 (Kajian Pengambilan Makanan Di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003). Prevalen ini telah meningkat berbanding dengan 16 peratus berlebihan berat badan dan 4 peratus obes pada tahun 1996 (NHMS II).

Adalah sukar untuk mengukur dengan tepat bahagian badan yang mengandungi lemak pada seseorang individu. Walau bagaimanapun, satu penunjuk yang telah diterima umum dan digunakan untuk mengukur berat badan yang berlebihan dan risikonya dikenali sebagai Indeks Jisim Badan atau Body Mass Index (BMI). 

Penunjuk ini mengambil kira berat badan serta ketinggian seseorang individu itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu. Pengiraan BMI adalah seperti berikut:

Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):BMI   =

berat(kg)

——————————

tinggi(m) x tinggi(m)



Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di bawah bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau kurus.
Indeks Jisim Badan

Status :         BMI (kg/m2)

Kurus :         Kurang 18.5

Normal :     18.5 – 24.9

Berlebihan berat :25 – 29.9

Obesiti:       30 dan lebih


Seseorang individu dewasa boleh dikategorikan mempunyai berat badan berlebihan sekiranya indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) berada dalam julat antara 25 hingga 29.9 kg/m2. Sekiranya BMI 30 kg/m2 dan lebih, ini dikategorikan sebagai obes.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada obesiti dan berat yang berlebihan ialah pengambilan makanan yang berlebihan terutamanya lemak dan kurang aktiviti fizikal atau bersenam. Ini melibatkan makan yang terlalu banyak dan tidak melakukan senaman yang cukup.




GEMUK AIR

>Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
>Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.





GEMUK ANGIN
>Perut terasa sebu. Adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
>Mudah mendapat sakit kepala.




**GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN**
Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.

GEMUK DAGING

>Badan berasa berat dan pejal.
>Mudah penat apabila melakukan tugas harian.
>Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
>Proses penurunan melalui perpeluhan dan megikut pantang yang disarankan.





**GEMUK DAGING**
Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.


NOTA :
GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN mudah untuk menurunkan berat badan.
Tetapi, GEMUK DAGING mengambil sedikit masa untuk menurunkan berat badan.
Ini kerana, GEMUK DAGING berpunca daripada lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.









Higoat

HARGA : RM36.90
PROMOSI RAMADHAN
HARGA SEKOTAK : RM33
HARGA 2 KOTAK : RM60
Pos Semenanjung : RM6
Pos Sabah/Sarawak : RM9

Susu kambing adalah yang terbaik selepas susu ibu. Susu kambing adalah minuman terbaik sepanjang zaman sejak kewujudan manusia di muka bumi. Susu kambing sebenarnya mengandungi kandungan gizi yang lengkap dan baik untuk kesihatan. Ianya tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab alahan yang boleh menyebabkan asma, masalah pernafasan, radang telinga, infleksi kulit dan ganguan saluran pencernaan.

Susu kambing mempunyai tindak balas alkali yang memberi faedah pada mereka yang mempunyai masalah asid terlalu banyak dalam perut dengan cara menapiskan asid hidroklorik perut dan melindungi membran mucus di permukaan lapisan perut dari rosak.

Kerana kandungan khasiatnya yang sungguh menakjubkan inilah, HR Marketing dengan bangganya memperkenalkan susu kambing dalam bentuk serbuk dan ia mudah di sediakan. Sebuah Hadith Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Ubaidah bin Atoq, Rasulallah SAW bersabda bermaksud “Kambing merupakan binatang yg penuh Barakah yg ditinggal-tinggalkan orang”.

Kandungan : 15 sachet

Khasiat Susu Tepung Higoat
  1. Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh
  2. Bersifat alkali bukan asidik
  3. Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua
  4. Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
  5. Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
  6. Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan
  7. Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus
  8. Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout
  9. Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
  10. Memulihkan tenaga batin dan awet muda
Kandungan Susu Tepung Higoat
Susu Awal Kambing

Cara Guna
Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja.


Gamolex Gold D’Herbs

HARGA : RM88.80 



Gamolex Gold keluaran D’Herbs diperbuat daripada pati gamat,buah delima,sarang burung serta 30 ramuan herba terbaik dunia merawat 1001 segala penyakit.

Kandungan:460ml


Khasiat Gamolex Gold D’Herbs
  • Mencegah penyakit seperti angin hamar,gastrik,ulser,kaki pecah
  • Masalah kitaran haid dan dalaman wanita
  • mengurangkan parut dan mengatasi masalah bibir kering
  • Menaikkan seri wajah dan serta menyuburkan rambut
  • Mengawal darah tinggi dan kencing manis
Kandungan Gamolex Gold D’Herbs
  1. Cranberries
  2. Tribulus
  3. Roselle
  4. Apricot
  5. Acai berry
  6. Zaffaran
  7. Sarang burung
  8. Manggis
  9. Aloe vera
  10. Gamat
  11. Kurma

Makbul Munajat

HARGA : RM26

Tidak tahu cara untuk menghilangkan lemak dan selulit, lenguh-lenguh badan, dan gigitan serangga? Tiada produk yang berkesan?

Terdapat produk yang mampu melegakan segalanya. Makbul Munajat adalah penyelesaiannya. Makbul Munajat adalah krim panas pelbagai guna, boleh digunakan untuk seisi keluarga. Kehangatannya 2 kali lebih berkesan dan lebih mudah meresap.


Khasiat Makbul Munajat De Herbs
  1. Menghilangkan lemak dan selulit
  2. Lenguh-lenguh badan
  3. Gigitan serangga
Kandungan Makbul Munajat De Herbs
  1. Halia
  2. Serai
  3. Limau Purut
Cara Guna

  1. Picit sedikit di tapak tangan, kemudian sapukan dengan sekata dibahagian yang diperlukan.
  2. Sapukan pada perut, sendi dan otot

PERHATIAN : Makbul Munajat adalah 2 kali lebih panas,sekiranya anda pertama kali menggunakannya, sila guna dalam kuantiti yang sedikit. Untuk kegunaan luar sahaja.




Jerslin Oil








HARGA : 
RM25.90 > 20ML 
RM30 > 30ML REFILL 
RM40 > 40ML 
RM50 > 50ML

1001 KHASIAT DENGAN HANYA SAPU

Jerslin Oil Jershima terdapat beberapa jenis kandungan dengan harga yang berbeza.Sila sms kandungan yang diingini ketika membuat pesanan dan membuat pembayaran yang sepatutnya.

Khasiat Jerslin Oil Jershima
  1. Merawat kulit melecur
  2. Mengurangkan lebam bawah mata
  3. Membantu mengurangkan parut pada muka dan badan
  4. Membantu menyuburkan rambut
  5. Membantu masalah kulit & bibir kering
  6. Membantu melembut dan menghaluskan kulit
  7. Anti penuaan & mengurangkan masalah jeragat
  8. Membantu masalah kulit kaki pecah
  9. Sesuai untuk semua penyakit ringan dan berat
Kandungan Jerslin Oil Jershima
  • Minyak Bijan
  • Minyak Zaitun
  • Minyak Bunga Matahari
  • Habbatus Sauda
  • Herba tempatan terpilih
NOTA!!!
  • Tidak perlu makan hanya sapu sahaja
  • Tiada kesan sampingan
  • Selamat dan sesuai digunakan untuk semua golongan dan peringkat usia termasuk ibu mengandung dan bayi
  • Halal diseluruh dunia
HANYA DENGAN SAPU, TIDAK PERLU MAKAN
APA KATA MEREKA YANG TELAH MENCUBA MINYAK JERSLIN POWER

En.Fairuz, Johor Bahru 
 “Sudah 3 tahun saya gout. Macam-macam ubat & rawatan saya guna tapi tak berkesan. Saya cuba Sapu Jerslin Oli, Alhamdulilah, gout saya hilang.”
  
Kak Nor, Pasir Gudang Johor 
 “Saya sakit lutut sudah lama. Macam-macam ubat & rawatan saya cuba termasuk membeli mesin berharga RM2,000 tapi tak berkesan. Amat menakjubkan saya sapu Jerslin Power tidak sampai pun setengah botol, lutut saya baik.Kini saya boleh berjalan ke mana sahaja.”
  
Nora, Larkin Johor Bahru 
 “Saya mengidap gastrik sudah 10 tahun.Tapi bila saya sapu Jerslin Power, Alhamdulilah, saya Pulih.”
  
Abdullah, Kangar Perlis 
 “Saya mengidap batu karang sudah lama tapi bila saya sapu Jerslin Power, Alhamdulilah, saya Pulih.”
  
En.Man 012-7660900
 “Saya menghidap darah tinggi. Darah tinggi naik sehingga 240 sehingga saya tidak mampu bangun.Isteri saya sapukan Jerslin Power ke seluruh badan, darah saya semakin menurun selepas 1jam.”
  
Shukor, Johor Bahru 
 “Saya pengusaha bengkel bas.Sewaktu saya buat kerja welding, mata saya short (merah dan sakit).Saya sapu Jerlin Power, tak samai 10 minit saya pulih.”
  
Seri 
 “Adik saya menghidap tiroid.Doktor mengarahkan adik saya menjalani pembedahan tapi bila adik saya sapu Jerslin Power, dia tidak perlu pembedahan kerana bengkak semakin hilang.”
  
Din, Johor Bahru 
 “Saya batuk sudah lama. Macam-macam ubat saya makan tapi tak berkesan kerana saya perokok tegar.Tapi bila saya sapu Jerslin Power tak sampai 15 minit batuk saya hilang.”
  
Azah, Johor Bahru 
 “Saya ada ketumbuhan payudara dan doctor menasihatkan saya menjalani pembedahan tetapi setelah saya menggunakan Jerslin Power, ketumbuhan saya hilang dan payudara saya bertambah cantik. Saya tak perlukan pembedahan lagi.

CARA PENGGUNAAN
  • Asma/Lelah/Semput - Sapu di dada
  • Anak Yang Dilahirkan Kurang Sihat - sapu dari hujung rambut ke hujung kaki
  • Alahan/Alergi Makanan Laut - sapu dari hujung rambut ke hujung kaki
  • Buasir - sapu ditempat buasir keluar (dubur)
  • Batuk - sapu didada dan kerongkong
  • Demam - sapu dikaki dan pakai stoking
  • Gastrik - sapu diperut
  • Gout - sapu ditempat bermasalah
  • Jangkitan Faraj/Keputihan - sapu dikemaluan
  • Ketidakseimbangan Hormon - sapu dari hujung rambut hingga hujung kaki
  • Kencing Manis/Darah Tinggi - sapu dari hujung rambut hingga hujung kaki
  • Kekejangan Otot/Simpul Biawak - sapu ditempat bermasalah
  • Kembung Perut - sapu diperut
  • Kesukaran Bernafas - sapu di dada dan hidung
  • Keracunan Makanan - sapu diperut dan dubur
  • Kerap Buang Air Kecil - sapu dikaki dan bawah pusat
  • Kesuburan Wanita & Lelaki Turun - sapu dikemaluan
  • Kurang Tumpuan Terhadap Pelajaran - sapu dikepala
  • Kolestrol Tinggi - seluruh badan
  • Kabur, Selalu Keluar Air Mata - kelopak dan bawah mata
  • Kesejukan kaki dan Tangan - tangan dan kaki (pakai stoking)
  • Kayap - ditempat bermasalah
  • Kutil/Tumor/Ketumbuhan/Kanser - sapu ditempat ketumbuhan
  • Mati Pucuk/Kurang Bernafsu - sapu dari hujung rambut hingga hujung kaki
  • Mati Anggota Tubuh/Lumpuh - sapu dari hujung rambut hingga hujung kaki
  • Monopouse - sapu di kemaluan
  • Putaran Haid Tidak Tetap Masa - sapu dikemaluan
  • Peranakan Turun - sapu dibawah pusat dan naikkan
  • Resdung - sapu dihidung
  • Sakit Kepala/Migrain - sapu dikepala dan muka
  • Sakit Buah Pinggang - sapu pada pinggang
  • Sembelit/Cirit-Birit - sapu didubur
  • Sakit Sendi/Lutut Bengkak - sapu ditempat bermasalah
  • Sengal-sengal Tulang - sapu dari hujung rambut hingga hujung kaki
  • Sakit Usus - sapu ditempat bermasalah (sekitar bawah pusat)
  • Selalu Selsema - sapu dihidung
  • Susah Dapat Anak - sapu ditapak kaki dan kemaluan (suami&isteri)
  • Senggugut - sapu ditempat yang sakit
  • Sakit Buah Pinggang - sapu ditempat yang sakit
  • Senang Beremosi/Cepat Marah - kepala
  • Susah Ingat Pelajaran - kepala
  • Susah Hendak Tidur - seluruh badan
  • Stroke/Angin Ahmar - sapu dari hujung rambut hingga hujung kaki
  • Tidak Bersemangat/Selalu Keletihan - sapu dari hujung rambut hingga hujung kaki
  • Tekanan Darah Tingga/Darah Rendah - sapu dari hujung rambut hingga hujung kaki
  • Tulang Reput/Mudah Patah - sapu ditempat yang bermasalah
  • Tiroid - sapu ditempat yang bermasalah
  • Sakit-sakit Lain - sapu ditempat bermasalah ataupun sapu di seluruh badan



Hanya Yang Original